Friday, May 15, 2009

Peria Goreng




Peria memang pahit. Tapi seperti kata pepatah, pahit itu selalunya menjadi penawar. Lately nih semenjak dua menjak dah jadi tua nih (hehehehehe), citarasa tekak pun dah berubah. Kalau dulu memang tak sentuh langsung la peria nih, la nih cukup suka.

Pahit-pahit pun sekali dah makan terus nak makan lagi dan lagi. Very addictive! So sesape nak cuba boleh try resepi aku nih. Tang cili padi tu kalau tak tahan pedas leh kurangkan tak pun tok sah taruk. Apa-apa pun selamat mencuba!

Bahan-bahannya
1/2 batang peria
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecik
Segenggam udang kering
5 - 10 biji cili api
1 biji telur
Air garam (untuk merendam peria)
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Peria di belah dua dan buangkan isi tengahnya. Hiris halus (jgn halus sgt) dan
rendamkan dengan air garam. Ini untuk mengurangkan rasa pahit peria tu.
2. Tumbuk bawang putih, bawang kecik dan cili api. Ketepikan.
3. Tumbuk kasar udang kering. Ketepikan.
4. Toskan peria tadi dan panaskan minyak dengan api sederhana.
5. Tumiskan bahan tumbuk dan masukkan peria.
6. Masukkan udang kering.
7. Agak-agak peria dah layu, pecahkan telur dan gaul rata. Perasakan dengan garam ikut kesesuaian masing-masing.
8. Siap!

1 comment:

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

Post a Comment