Friday, March 6, 2009

Sambal Kentang Rahman Bestari



Seperti kebiasaannya, lauk pauk simple pasti menjadi pilihan hati ku. Bukan tak mahu masak lauk pauk yang banyak bahan nih, tapi masa dan keadaan amat terbatas.

Kali nih masih dari dapur MyR, resepi milik Rahman Bestari.

Bahan-bahannye
  • 5 - 7 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 - 2 inci belacan - ditumbuk
  • 50 gm udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu makan cili giling
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis
The Method
  1. Kupas kulit kentang, belah kentang kepada wedges (ikut suka)
  2. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama kiub. Jangan terlalu empuk supaya kentang tidak hancur.
  3. Setelah kentang empuk, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.Ketepikan.
  4. Dengan minyak yang sama, tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
  5. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati.
  6. Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
* Check dulu rasa masinnya sebelum di tambah garam sebab kiub ayam tu dah masin.

No comments:

Post a Comment