Monday, March 30, 2009

Puyuh Goreng Berempah


Sunday, March 29, 2009

Kacang Panjang Goreng


Saturday, March 28, 2009

Masak Lompap


Resepi akan di update kemudian yer...

Friday, March 27, 2009

Gulai Ikan Kembong


Thursday, March 26, 2009

Popia Sayur


Wednesday, March 25, 2009

Wholemeal Spaghetti Bolognese


Monday, March 23, 2009

Nasi Ayam



Lama giler aku tak update blog nih. Dah naik bersawang. Bukan apa, sejak balik dari hospital hari tu, masa aku amat terhad. Balik keje, sampai rumah dalam kul 8 mlm. Terus bersilat kat dapur. Kurang-kurang dalam 9:30 atau kul 10 baru settle makan malam. Pastu mandi dan makan ubat, mata terus ngantuk. Kadang-kadang ada rasa nak bukak pc, tengok jam dah 11:30 malam. Aku plak skang nih tengah cuba nak tido sebelum kul 12 tengah malam untuk mengelakkan bacaan blood pressure aku melambung naik. Huhuhuhu.

Tapi malam nih, ada lain sket. Tadi aku dah tido dalam kul 11:45 tadi. Dalam kul 1:40 pagi aku terjaga. Tak boleh nak lelap. Aku masukkan kain dalam mesin pastu bukak pc. Teruja lak nak update gambar nasi ayam yang aku bikin untuk dinner tadi.

Sebenarnya dari minggu lepas aku nak sangat makan nasi ayam. Kat ofis, aku ada la gi makan nasi ayam kat kopitiam baru berdekatan ofis. Tapi alahaiiiii tak sedap di tekak. Kicap nye manis, nasi dan sup tawar. Sedih aku. Tak berbaloi rasanya dengan harga RM4.80 sepinggan.

Stock ayam ada seko dalam fridge. Dah siap potong. Aku dah siap-siap call Atan mintak tolong defrostkan ayam tu. Sampai je rumah dalam kul 8 mlm, aku start la projek nasi ayam aku. Kul 9:50 siap segala. Sebenonye leh siap cepat lagi tapi chef hari nih asik mengulang ke ruang tamu, tengok Diari AF7. Hahahahaha.

Apa-apa pun projek nasi ayam aku siap. Dan aku seperti biasa sangat puas hati. Masak banyak sket malam nih coz Atan cuti besok, so boleh la dia wat makan masa breakfast ke.. lunch ker.



Nih resepi aku, mana la tahu korang teruja nak bikin.

Bahan-Bahan (3 orang makan)

Untuk nasi
2 pot beras (kalau beras wangi lagi sedap)
Stok Ayam (air rebusan ayam)
Garam
1 inci halia
Sebatang kulit kayu manis

Cara masak nasi
1. Beras di bersihkan macam biasa
2. Hiriskan halia dan masukkan ke dalam periuk berisi beras
3. Masukkan juga kulit kayu manis
4. Air rebusan ayam nih kita amek dari ayam yang kita nak buat lauk tu. So anggar la air nih ikut beras yer. Kang terkurang kang kok keras plak nasi.
5. Dah masukkan semua tu letak garam sket dan masak la nasi cam biasa.

Untuk lauk ayam/sup ayam
1 ekor ayam (kalau yang belum potong kecik-kecik lagi bagus)
1 labu Bawang besar
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 kiub ayam (1 pun cukup actually)
Kicap cair
Minyak bijan

Cara-Cara
1. Ayam di bersihkan dan di rebus dengan hirisan bawang besar, halia, kayu manis dan bunga lawang.
2. Masukkan kiub ayam dan tunggu ayam masak. Rasa masinnya dulu.
3. Tutup api dan toskan ayam. Air rebusan ayam tu kita gunakan untuk di gunakan dalam nasi dan untuk menyediakan sup.
4. Letak ayam dalam bekas yang sesuai. Siramkan kicap cair dan minyak bijan ke atas ayam tadi dan biarkan ayam agak sejuk sebelum di potong. Ayam nih dah boleh di gunakan sebagai lauk ketika ini kalau korang prefer begini. Tapi aku selepas ayam nih aku potong ke beberapa bagian, aku akan gorengkan sekejap untuk mendapatkan warna dan rasa yang lebih sedap. Kalau korang suka maybe boleh bakar kejap untuk mendapatkan warna keemasan tu.
5. Balance kicap dan minyak bijan yang kita wat perap ayam tadi boleh la di tapis dan digunakan sebagai sos tambahan semasa menghidang.

Sos Lada
3 biji lada merah
1 ulas bawang putih
Sedikit cuka
Air suam

Cara-Cara
1. Blend sumer bahan
2. Siap!

That's it. Tengok kat resepi cam berbelit-belit jer kan. Tapi masak nasi ayam nih senang sebenarnya. Tak caya.. cuba lah!



Friday, March 6, 2009

Sambal Kentang Rahman Bestari



Seperti kebiasaannya, lauk pauk simple pasti menjadi pilihan hati ku. Bukan tak mahu masak lauk pauk yang banyak bahan nih, tapi masa dan keadaan amat terbatas.

Kali nih masih dari dapur MyR, resepi milik Rahman Bestari.

Bahan-bahannye
  • 5 - 7 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 - 2 inci belacan - ditumbuk
  • 50 gm udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu makan cili giling
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis
The Method
  1. Kupas kulit kentang, belah kentang kepada wedges (ikut suka)
  2. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama kiub. Jangan terlalu empuk supaya kentang tidak hancur.
  3. Setelah kentang empuk, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.Ketepikan.
  4. Dengan minyak yang sama, tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
  5. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati.
  6. Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
* Check dulu rasa masinnya sebelum di tambah garam sebab kiub ayam tu dah masin.

Thursday, March 5, 2009

Dah Balik Rumah



Hari tu aku citer pasal aku demam. Pastu dah okeh dah. Dah baik dah 3 hari. Then again demam, flu, batuk dan sakit mata sekali melanda. At the end, I was warded for 5 days. Semalam baru keluar dari hospital.

Kalau korang nak baca citer aku kat hospital gi la ke blog aku yang lagi satu atau klik sini Warded Again. Bukan apa, tak gamak rasanya letak gambar jarum, ubat segala kat food blog. Hehehehe.

I'm getting better and better skang nih dan semalam lepas kuar hospital, aku masih sempat bikin pau sardin. Nanti aku tepek gambar pau orang sakit tu yer.